Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang

Дата публикации: 20-10-2026 03:07:26


KOTA BHARU: Polis mengingatkan aktivis media sosial  supaya tidak bertindak sendiri terhadap pelarian etnik Rohingya kerana tindakan sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun didorong niat yang baik. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, golongan itu perlu memahami undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau komuniti berkenaan dari negeri ini. Katanya, isu pelarian Rohingya bukan ... Read more
The post Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KOTA BHARU: Polis mengingatkan aktivis media sosial  supaya tidak bertindak sendiri terhadap pelarian etnik Rohingya kerana tindakan sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun didorong niat yang baik.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, golongan itu perlu memahami undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau komuniti berkenaan dari negeri ini.

Katanya, isu pelarian Rohingya bukan perkara baharu  malah sudah berpuluh-puluh tahun menjadi perhatian kerajaan selain berdepan persoalan negara yang bersedia menerima mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu sebenarnya adalah kejahilan undang-undang itu sendiri. Kumpulan aktivis itu jahil dan tidak faham undang-undang. Bukan senang kita nak halau mereka (Rohingya).

“Ke mana kita mahu halau mereka pergi? Cuba cakap dengan saya? Myanmar tidak terima, mahu hantar ke Bangladesh pun tidak iktiraf mereka sebagai rakyat. Kumpulan aktivis ini mahu halau mereka. Isu berkaitan Rohingya ini kerajaan fikir bukan hari ini malah sudah berpuluh tahun,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Pada 18 Oktober lalu, Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial dengan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.

Mohd. Yusoff berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan.

Katanya, dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes samun yang melibatkan seorang individu daripada komuniti Rohingya dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman024.3119-10-2026
2Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan025.1820-10-2026
3Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu024.3815-08-2026
4Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda023.6319-10-2026
5E-dompet lubuk transaksi haram028.1314-08-2026
6Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat022.8719-10-2026
7Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun022.7920-10-2026
8Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan022.7923-09-2026
9Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 020.9819-10-2026
10Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas026.7820-10-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 25.95. Источник: www.utusan.com.my.