Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Johari tunggu penjelasan Ahmad Samsuri berhubung status PN

Дата публикации: 21-10-2026 11:31:25


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai kedudukan Perikatan Nasional (PN) selepas menerima penjelasan daripada pengerusi gabungan itu. Beliau berkata, surat telah dihantar kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan susulan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai ... Read more
The post Johari tunggu penjelasan Ahmad Samsuri berhubung status PN appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai kedudukan Perikatan Nasional (PN) selepas menerima penjelasan daripada pengerusi gabungan itu.

Beliau berkata, surat telah dihantar kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan susulan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai pembatalan pendaftaran gabungan itu.

“Saya pun telah menulis kepada Pengerusi PN untuk mendapat penjelasan, Insya-Allah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila saya mendapat penjelasan daripada pengerusi, saya akan maklumkan kepada Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab perkara yang dibangkitkan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta penjelasan mengenai penggunaan nama PN oleh Ahli Parlimen gabungan itu susulan kenyataan RoS.

Sany mempersoalkan penggunaan nama PN oleh Ahli Parlimen Kuala Krai ketika berucap di Dewan Rakyat, sedangkan terdapat kenyataan RoS berhubung pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan.

Beliau turut meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai kedudukan Ahli Parlimen PN susulan perkembangan itu.

Sementara itu, Rayer menyokong permintaan Sany supaya perkara berkenaan diperbetulkan, termasuk penggunaan nama parti masing-masing seperti Pas, Bersatu atau Wawasan.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Sepatutnya bukan Perikatan Nasional tetapi Pas atau Bersatu atau Wawasan. Mohon petua daripada Yang Dipertua. Terima kasih,” katanya.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Aduan kepada RoS bukan satu bentuk pengkhianatan – Armada021.8221-10-2026
2Jangan jadikan kuasa kerajaan alat sekat demokrasi – Gerakan028.4921-10-2026
3BN mahu rampas DUN Ayer Keroh, Bukit Katil022.4621-10-2026
4Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN025.5821-10-2026
5Bersatu boleh tubuh gabungan parti politik baharu018.721-10-2026
6BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi021.3721-10-2026
7Presiden UMNO tidak dapat hadir Himpunan Munajat dan Penyatuan Ummah023.1820-10-2026
8PH Melaka bergerak solo tanpa kerjasama termasuk Bersatu021.7421-10-2026
9Mafia korporat: Rafizi perlu perjelas peranan beliau semasa jadi menteri – AMK019.9321-10-2026
10БЕСЕДА С ПРЕМЬЕР-МИНИСТРОМ МАЛАЙЗИИ АНВАРОМ ИБРАГИМОМ. 11 СЕНТЯБРЯ 2026 ГОДА.  НЬЮ-ДЕЛИ. ...012.612-09-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 27.23. Источник: www.utusan.com.my.