KOTA BHARU: Penahanan aktivis media sosial, Mohd. Azhan Mohd. Adnan atau Abbe Hae bersama 15 individu lain yang menggempur kawasan warga asing dan etnik Rohingya di sini, Jumaat lalu adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan polis. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan kes ketenteraman awam dan samun barangan ... Read more
The post Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan appeared first on Utusan Malaysia.
KOTA BHARU: Penahanan aktivis media sosial, Mohd. Azhan Mohd. Adnan atau Abbe Hae bersama 15 individu lain yang menggempur kawasan warga asing dan etnik Rohingya di sini, Jumaat lalu adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan polis.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan kes ketenteraman awam dan samun barangan kemas ketika aktiviti tersebut dijalankan.
Katanya, tindakan polis mengambil cap jari dan menjalankan kawad cam terhadap individu terbabit adalah prosedur biasa bagi menentukan sama ada mereka merupakan individu yang dinamakan dalam laporan berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kita menjalankan siasatan. Prosedur mengambil cap jari dan kawad cam itu perkara biasa untuk menentukan sama ada individu yang dituduh dalam laporan merupakan orang yang sama atau sebaliknya.
“Mereka tidak boleh membuat tindakan sesuka hati. Jika ada dalam kalangan warga asing atau etnik Rohingya melakukan kesalahan, laporkan kepada pihak berkuasa tempatan, polis atau imigresen. Biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Terdahulu Abbe Hae bersama 15 individu lain dilaporkan terpaksa bermalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu lalu selepas dipanggil memberi keterangan berhubung tindakan mereka menerjah sebuah kedai yang didakwa menggaji warga asing. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman | 0 | 24.31 | 19-10-2026 |
| 2 | Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang | 0 | 25.95 | 20-10-2026 |
| 3 | Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun | 0 | 22.79 | 20-10-2026 |
| 4 | Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah | 0 | 27.92 | 20-10-2026 |
| 5 | Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda | 0 | 23.63 | 19-10-2026 |
| 6 | Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas | 0 | 26.78 | 20-10-2026 |
| 7 | Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ | 0 | 20.98 | 19-10-2026 |
| 8 | Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat | 0 | 22.87 | 19-10-2026 |
| 9 | Malaysian Authorities Detain More Than 100 Rohingya Asylum Seekers Outside UNHCR Office | 0 | 10.93 | 28-07-2026 |
| 10 | В Малайзии задержали восемь предполагаемых представителей группировки "Абу Сайяф" | 0 | 0 | 10-05-2021 |